Penerangan
KEMAMAN, 22 April 2022- Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan pemantauan ke atas punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekelilin g 1974.
Rondaan dan pemantuan telah dilakukan di sekitar Gong Limau, Mak Chili, Binjai, Alam Perdana, Paman, Pasir Gajah, Seberang Tayor, Felda Seberang Tayor, Dadong, Teladas, Ayer Putih, Cheneh, Mak Lagam, Kawasan Perindustrian Jakar 2, Gong Pauh dan Chukai.Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas premis industri di Kawasan Perindustrian Jakar 2 mendapati tiada aktiviti mencurigakan.
Selain rondaan melalui jalan darat, tinjauan melalui udara turut dilakukan dengan menggunakan dron. Fokus tinjauan ini adalah di kawasan penempatan kilang sawit. Hasil tinjauan ini tiada keadaan abnormal dikesan.