PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KOMITMEN BERTERUSAN DALAM MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM

DOE Terengganu 30/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOMITMEN BERTERUSAN DALAM MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 19 April 2022- Pasukan penguatkuasa, JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan pemantauan ke atas  punca pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka.walaupun hari ini merupakan cuti umum ,sempena Hari Nuzul Quran di negeri ini. Rondaan pemantauan ini dilakukan, di Gong Limau, Binjai, Paman, Ibok, Payoh, Semayor, Kemasik, Kerteh, Pengkalan Ranggon, Batu Putih, Labohan, Kawasan Perindustrian Kertih, Geliga, Paya Berenjut, Jakar, Mak Lagam dan  Chukai.Tiada kebakaran dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Selain memantau menggunakan jalan darat, tinjauan melalui udara menggunakan drone turut dilakukan yang melibatkan kawasann penempatan kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustian Kertih dan Taman Industri Biopolimer, Kertih.  Hasil pemanatau ini , di dapati tiada kejadian yang mencurigakan ditemui. Siasatan ke atas aduan pencemaran bau, didapati berasas, dengan penemuan kawasan penternakan ayam pedaging secara komersil di lokasi yang diadu.  Aduan ini adalah diluar bidang kuasa JAS.  Hasil siasatan ini akan dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Kemaman untuk tindakan selanjutnya.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan