PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KOMITMEN JAS CAWANGAN KEMAMAN, MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOMITMEN JAS CAWANGAN KEMAMAN, MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

01 April 2022, Kemaman- Pasukan penguatkuasa, JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan memantau punca pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka di daerah ini. Rondaan hari ini melibatkan kawasan di sekitar Gong Pauh, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh,,Kawasan Perindustrian Kerteh, Bakau Tinggi dan Chukai. Satu kepulan asap telah dikesan berada belakang Pusat Beli Belah, Mesra Mall, Kemasik. Walau bagaimanapun, siasatan ke lokasi tidak menemui akses ke tempat kejadian. Siasatan susulan akan diteruskan dengan melakukan tinjauan dari udara menggunakan dron. Pemantauan ke atas premis-premis yang berada di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kawasan Perindustrian Kertih serta Taman Industri Polimer , Kertih, didapati tiada kejadian yang mencurigakan dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan