Penerangan
KUALA TERENGGANU, 22 April 2022 – Hari ini,rondaan dan pemantauan punca pencemaran melibatkan 4 daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
Kawasan terlibat adalah sekitar Batu Buruk, Kelulut, Rusila, Pulau Kerengga, Jambu Bongkok, Rantau Abang, Pantai Tanjong Jara, Bandar Dungun, Bukit Bauk, Kawasan Industri Paka, Pantai Paka, Tebing Tembah, Bukit Besi, Ajil dan Wakaf Tapai. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Paka dan Cacar, mendapati tiada pencemaran habuk dan bau dari kerja-kerja blasting dan painting dikesan.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di Kg Dendang, Dungun. Tindakan ini diambil berdasarkan penemuan beberapa longgokkan sisa pokok yang ditebang.
Pemasangan banner ini juga, sebagai peringatan kepada pihak yang terlibat berhubung larangan aktiviti tersebut dan tindakan undang-undang yang boleh diambil, sekiranya aktiviti tersebut diteruskan.
Pemantauan juga telah dilakukan di kawasan Pantai Teluk Bidara, Dungun, mendapati tiada pencemaran bebola tar ditemui , sepanjang rondaan dijalankan di pantai tersebut.