Penerangan
1 April, Kuala Terengganu - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus memantau dan menjalankan rondaan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan melibatkan, sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Lembah Bidong, Kawasan Perindustrian Gong Medang, Paya Rawa, Kampung Raja dan Permaisuri. Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas kilang-kilang di kawasan Perindustrian Gong Medang, didapati tiada sebarang pencemaran ke atas kualiti udara dan air sungai ditemui.
Pemantauan ke atas infa tanah gambut, iaitu check dam di kawasan gambut, Kg. Paya Rawa,didapati berkeadaan baik dan berfungsi.
Pemantauan Tapak Pelupusan Sampah Awam di Kg. Paya Rawa, juga didapati tiada pembakaran terbuka dan tiada pelepasan air resapan (leachate) di kesan.
Pasukan penguatkuasa turut memasang banner larangan Pembakaran terbuka pada longgokan kayu, hasil aktiviti pembersihan tanah di Kg Nyatoh, Setiu. Ini sebagai langkah pencegahan kepada orang awam yang terlibat agar aktiviti berkenaan tidak diteruskan.