Penerangan
02 April, Kuala Terengganu - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Komitmen ini sebagai strategi pencegahan dan pemantauan dalam memastikan kesejahteraan hidup seluruh masyarakat, khususnya di negeri ini.
Rondaan melibatkan 4 daerah, iaitu Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu.
Fokus rondaan di Kawasan Perindustrian Chendering , Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Tapak Pelupusan Sampah Tertak Batu, Marang. Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan dan tiada kejadian yang mencurigakan ditemui.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang terdapat longgokan kayu, hasil pembersihan tanah di Kg. Kuala Ping, Kuala Berang. Ini merupakan amaran keras kepada individu terlibat agar aktiviti berkenaan tidak diteruskan.