Penerangan
Kuala Terengganu, 08 April 2022 – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran.
Rondaan dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Jerangau, Lentang, Tok Kah, Rantau Abang dan Marang Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, didapati tiada kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui.
Pemantauan di kawasan pantai di sepanjang daerah Dungun, didapati tiada bebola tar dan tumpahan berminyak dikesan.
Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Ajil, tiada pembakaran terbuka dan tiada perlepasan leachate di kesan.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di dua (2) kawasan longgokan kayu hasil pembersihan kawasan yang dijumpai iaitu di Jerangau dan Tok Kah. Ini merupakan tindakan pencegahan agar ianya tidak diteruskan