Penerangan
KUALA TERENGGANU, 15 April 2022 – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran dalam memastikan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat diberi keutamaan.
Rondaan dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Ibai, Batu Buruk, Chendering, Rusila, Seberang Marang, Bukit Kor, Pulau Kerengga dan Merchang. Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan di Kawasan Perindustrian Chendering dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor mendapati tiada pencemaran habuk dan sungai ditemui di lokasi tersebut.