Penerangan
KUALA TERENGGANU, 16 April 2022 – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran dalam memastikan kesejahteraan hidup seluruh masayarakat di negeri ini.
Rondaan bagi memantau pencemaran telah dijalankan sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payong, Kws Perindustrian Ajil, Kuala Berang, Bukit Apit, Pengkalan Berangan Merchang dan Marang. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Hasil pemantauan operasi kilang-kilang yang berasaskan kayu di daerah Hulu Terengganu, didapati tiada pencemaran udara dikesan.
Siasatan aduan di Kg Kuala Ibai, Kuala Terengganu didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka sisa kayu dan rating kayu berskala kecil. Penduduk terlibat telah diberi risalah larangan pembakaran terbuka, sebagai peringatan agar aktiviti ini tidak diulangi.