PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AS TERENGGANU TERUS KOMITED DALAM MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI UMUM SEMPENA NUZUL- QURAN

DOE Terengganu 29/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AS TERENGGANU TERUS KOMITED DALAM MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI UMUM SEMPENA NUZUL- QURAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 19 April 2022 – Hari ini merupakan cuti umum, bersempena Sambutan Hari Nuzul-Quran di negeri ini. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran. Rondaan bagi memantau pencemaran telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun dan Paka. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Pemantauan susulan ke atas aduan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) berkaitan longgokan kayu di Kg.Tebing Tembah mendapati pihak pemaju telah mengeluarkan sebahagian sisa kayu ke tapak pelupusan. Tiada sebarang pembakaran terbuka  dikesan. Rondaan di kawasan pantai dijalankan di beberapa lokasi di Daerah Dungun. Tiada sebarang pencemaran berminyak di kesan. Banner larangan pembakaran terbuka  telah dipasang di lokasi kawasan pembersihan tanah di Paka. Ini merupakan usaha pencegahan dalam memastikan aktiviti tersebut tidak diteruskan oleh pihak terlibat. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Paka, tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan di kesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan