PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS FOKUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS FOKUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 22 April 2022 – Hari ini, cuti hujung minggu di negeri ini. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan bagi memantau pencemaran telah dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Ajil, Tapak Pelupusan Sampah Ajil, Pengkalan Berangan, Balai Besar dan Merchang. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan. Pemantauan ke atas operasi  kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Ajil mendapati tiada keadaan yang abnormal dan mencurigakan dikesan. Selain itu, pemantauan di Tapak pelupsan sampah Ajil, juga mendapati tiada keadaan abnormal dikesan. Pemantauan di kawasan pantai di Kg. Balai Besar, mendapati tiada pencemaran bebola tar atau “tar ball” dikesan di sepanjang pantai tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan