Penerangan
KUALA TERENGGANU, 26 April 2022 – Hari ini pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan dan pemantauan punca-punca pencemaran yang melibatkan 3 daerah.
Daerah yang terlibat dalam rondaan dan pemantauan ini adalah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Pemeriksaan juga dijalankan di kawasan Tapak Pelupusan Sampah Kg. Sg. Ikan, Kuala Terengganu. Tiada pembakaran terbuka dikesan kawasan tersebut.
Rondaan juga dijalankan di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut. Kebanyakan premis tidak beroperasi semasa rondaan dilakukan dan tiada sebarang pembakaran dikesan di kawasan tersebut
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang pada longgokan kayu di Kg Air Sejuk, Setiu dan Kg Panchor Merah, Setiu. Ini merupakan amaran dan usaha pasukan penguatkuasa dalam mencegah aktiviti ini diteruskan oleh pihak-pihak yang terlibat.