Penerangan
02 April 2022 – Kempen “Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik dari Isirumah“ anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan sokongan Syarikat KT Wan Recycle Sdn. Bhd dan pelbagai pihak terus mendapat sambutan.
Hari ini program telah diadakan di Parking Kenderaan, bersebelahan dengan Padang MBKT, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Kutipan e-waste yang berjaya dikumpulkan dalam tempoh 4 jam yang bermula pada 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari berjumlah 1 tan.
Sambutan yang berterusan dan diluar jangkaan ini, berikutan tempoh hebahan dibuat pada 01 April 2022, iaitu semalam. Ini menunjukkan orang awam telah sedar akan bahaya buangan ewaste ini, sekiranya diuruskan tidak mengikut kaedah yang betul dan selamat, dan dilupuskan di tempat yang tidak sesuai sesuai seperti di tapak pelupusan sampah awam.
JAS Terengganu akan terus bekerjasama dan menyokong usaha-usaha perlbagai pihak untuk memastikan e-waste ini diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat.