Penerangan
29 Mac 2022- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kijal, dan Ibu Pejabat Polis Daerah, Bahagian Trafik Kemaman telah menjalankan Operasi Statik bagi menguatkuasa pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan komersial berenjin diesel.
Dengan kekuatan anggota JAS Terengganu seramai 4 orang dan JPJ Kijal, seramai 5 orang serta IPD, Trafik Kemaman seramai 3 orang, Ops Statik ini berjaya dilaksanakan di Stesen Penguatkuasa JPJ, Kijal.
Hasil operasi ini, 165 buah kenderaan telah diperiksa secara visual dan 2 buah kenderaan telah menjalani pengujian meter asap. Hasil pengujian ini, 1 Notis Arahan dan 1 kompaun telah dikeluarkan.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.