Penerangan
28 Mac 2022- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kijal dan Ibu Pejabat Polis Daerah, Bahagian Trafik Kemaman bagi menguatkuasa pencemaran asap hitam berlebihan daripada kenderaan komersial berenjin diesel.
Dengan kekuatan anggota pasukan penguatkuasa JAS Terengganu seramai 6 orang dan JPJ Kijal, seramai 3 orang serta IPD, Trafik Kemaman seramai 13 orang, Operasi bersepadu ini berjaya dilaksanakan di KM 150, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kemaman.
Hasil operasi ini, 120 buah kenderaan telah diperiksa secara visual dan 4 buah kenderaan telah menjalani pengujian meter asap. Hasil pengujian ini, 2 Notis Arahan dan 1 kompaun telah dikeluarkan.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.