Penerangan
KUALA TERENGGANU, 14 April, - JAS Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Urusetia Penganjuran Program Komuniti Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Bumi yang bakal dianjurkan pada 21 Mei 2022.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memperkemaskan lagi persiapan penganjuran program ini dan pembentangan tugas urusetia yang terlibat.