Penerangan
KUALA TERENGGANU, 14 April 2022 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman terus memberi komitmen dan sokongan dalam menjayakan majlis Bacaan Yaasin mingguan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu.
Tuan Pengarah juga turut memberi peringatan berhubung arahan pejabat yang perlu dipatuhi dalam meningkatkan dan melancarkan produktiviti Jabatan, pada sesi Amanat Tuan Pengarah.
Timbalan Pengarah (Operasi), Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan seluruh warga JAS Terengganu hadir secara fizikal dan atas talian pada majlis ini.