Penerangan
Kuala Terengganu, 12 April 2022 - JAS Terengganu telah menghadiri bengkel pengurusan buangan terjadual dan bahan berbahaya, anjuran Bahagian Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat.
JAS Terengganu telah dihadiri oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah (Operasi) bersama-sama pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Pada mesyuarat ini, perkara yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelarasan, polisi dan arahan terkini berkaitan pengurusan baungan terjadual dan bahan berbahaya serta pengukuhan penguatkuasaan ke atas Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual).