PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIDANG MEDIA OPS GEMPUR PRA RAYA SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA 2022

DOE Perak 22/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIDANG MEDIA OPS GEMPUR PRA RAYA SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
22/05/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

28 April 2022, IPOH - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin telah mengadakan Sidang Media Ops Gempur Pra Raya yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini. Ops Gempur Pra Raya sempena Hari Bumi Sedunia 2022 ini telah dijalankan pada 26 hingga 28 April 2022 di Kawasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang dan Kawasan Perindustrian Meru di Ipoh. JAS Perak memfokuskan kawasan industri yang terletak bersebelahan dengan kawasan kediaman yang berpotensi menimbulkan aduan awam yang tinggi sekiranya pihak industri tidak mengamalkan pematuhan kendiri yang tinggi terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Ops gempur secara bersepadu ini telah melibatkan 10 pasukan penguatkuasaan dengan kekuatan 32 anggota menghasilkan tindakan penguatkuasaan seperti 27 arahan di lapangan, 22 notis arahan, 62 kompaun dan 2 kertas siasatan. Ops Gempur ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan memberi mesej kepada semua pihak bahawa Jabatan Alam Sekitar serius dan komited dalam mengambil tindakan terhadap penjenayah-penjenayah alam sekitar khususnya pihak industri bagi memastikan pihak industri menjalankan operasi mengikut kehendak perundangan yang telah ditetapkan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkenaan. Ingin ditegaskan bahawa JAS Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. Turut hadir bersama di dalam sidang media ini termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Haji Rosli Bin Zul dan Timbalan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Tuan Abdul Aziz Bin Parmin serta pegawai-pegawai kanan JAS Perak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan