Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Siasatan Aduan Pencemaran Air Sungai Plan, Bintulu, Sarawak
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/04/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak>Bintulu
Penerangan
BINTULU, 12-14 April 2022: JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan siasatan kes pencemaran air Sungai Plan di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong susulan daripada aduan awam yang diterima. Pemeriksaan turut disertai oleh pegawai dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu untuk memantau status kualiti air sungai.
Persampelan air sungai dan bahan buangan telah dilakukan dari beberapa premis berdekatan kawasan aduan yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa lanjut.
Tindakan tegas berlandaskan perundangan alam sekitar sediada akan diambil terhadap industri atau mana-mana pihak sekiranya pencemaran yang diadu dapat dikaitkan melalui analisis sampel oleh JKM.
Orang ramai yang ada maklumat lanjut aduan atau ingin membuat sebarang aduan berkaitan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan.