Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/04/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak
Penerangan
KUCHING, 28 & 29 Mac 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menjalankan operasi bersama di dalam penguatkuasaan ke atas kenderaan berenjin diesel tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Operasi dikenali Ops Statik yang telah dijalankan di dua (2) lokasi berasingan telah mencatatkan sejumlah 226 pemeriksaan ke atas kenderaan berenjin diesel. Tindakan kompaun dan notis arahan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan yang didapati gagal mematuhi had pelepasan asap hitam yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
Orang awam diperingatkan, kegagalan mematuhi had pelepasan asap hitam boleh dikenakan kompaun maksima RM2000.00.