Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) 2022 Peringkat Negeri Sarawak
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/04/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak>Kuching
Penerangan
6 April 2022, Kuching - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada hari ini.
Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 Peringkat Negeri Sarawak tersebut merupakan anjuran bersama Lembaga Sumber Asli Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (MUDeNR), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Mesyuarat membincangkan persiapan untuk majlis pelancaran yang akan diadakan pada bulan April ini.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"