Penerangan
21 April 2022, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 4/2022 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) pada 20 dan 21 April 2022 .
Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 18 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka yang dibahagikan kepada 6 pasukan. Sebanyak 15 premis telah diperiksa yang membawa kepada tindakan penguatkuasaan iaitu 15 Arahan di Lapangan, 2 Kompaun, dan 3 Notis Arahan oleh Jabatan ini.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar.