Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE SEMPENA PERTANDINGAN PENGUMPULAN HOUSEHOLD E-WASTE PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN
25 April 2022, Seremban - JAS Negeri Sembilan sedang menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Dari Isi Rumah (Household E-Waste) Peringkat Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan Tahun 2022 yang telah bermula pada 15 Februari hingga 30 September 2022 nanti.
Bersempena dengan pertandingan tersebut, SK Kompleks KLIA, Bandar Enstek komited menjalankan kempen pengumpulan di peringkat sekolah dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Cenviro Sdn. Bhd.
Komitmen dan semangat SK Kompleks KLIA ini boleh dijadikan sebagai contoh oleh sekolah-sekolah lain yang telah mendaftar dalam pertandingan yang sedang dianjurkan.
JAS Negeri Sembilan ingin mengajak sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang lain untuk menyertai pertandingan pengumpulan yang sedang diadakan. Hadiah menarik menanti anda. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster pertandingan yang disertakan.