Penerangan
KUALA LIPIS, 22 April 2022 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis industri di sekitar Daerah Lipis bagi memastikan tiada aktiviti yang dilakukan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Tiga (3) Notis Arahan dikeluarkan terhadap premis kilang papan, atas kesalahan dibawah Peraturan Udara Bersih 2015.
Selain itu, lawatan penguatkuasaan terhadap loji-loji kumbahan dibawah seliaan IWK turut dilaksanakan.
Satu (1) Field Citation dikeluarkan bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan loji tersebut.