Penerangan
TEMERLOH, 21 April 2022 - Sebuah kilang arang dikompaun atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 kerana menyimpan Buangan Terjadual melebihi 180 hari.
Pihak kilang telah diarahkan untuk melupuskan buangan terjadual tersebut dengan kadar segera dan menguruskan Buangan Terjadual mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam peraturan di atas.
Semua pengeluar Buangan Terjadual diingatkan untuk sentiasa memastikan Buangan Terjadual diuruskan mengikut kaedah yang betul.