Penerangan
TEMERLOH, 25 April 2022 - Sebuah syarikat yang merupakan penggerak projek ladang hutan di Hutan Simpan Purun, Jerantut, Pahang yang diluluskan Laporan EIA telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM 25,000.00 oleh Mahkamah Seksyen Temerloh kerana telah melanggar syarat EIA yang telah diluluskan. Pihak syarikat mengaku bersalah bagi satu pertuduhan atas kesalahan di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari JAS Negeri Pahang.