Penerangan
?? MESYUARAT MEMBINCANGKAN STATUS TERKINI PROJEK KILANG MEMPROSES PASIR SILIKA DI SIKUATI KUDAT OLEH SBH KIBING SOLAR NEW MATERIALS (M) SDN. BHD. ??
??? Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)
?? Masa: 2.00 - 4.45 Petang
?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
??????? Pengerusi: YB Datuk Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) Sabah
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: KPP(P) YY & PP FM (Unit EIA & IP)
?? Agenda Mesyuarat:
??Pendahuluan oleh YB Datuk Pengerusi;
??Penerangan tentang status terkini projek kilang memproses pasir silika oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd.;
??Perkara berbangkit;
??Hal-hal lain; dan
??Penangguhan Mesyuarat
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
??????? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan status terkini pelaksanaan dan pembangunan projek kilang memproses pasir silika di daerah Sikuati, Kudat.
??????? Aktiviti perlombongan pasir silika dan loji memproses pasir silika yang terletak di Sikuati, Kudat adalah tertakluk EIA di bawah JPAS manakala aktiviti pembangunan kilang pembuatan kaca di IZ 7, KKIP, Kota Kinabalu tertakluk EIA di bawah JAS bagi pembinaan & operasi kilang dan JPAS bagi aktiviti kerja tanah.
??????? Mesyuarat dimaklumkan kedua-dua status Laporan EIA yang perlu dikemukakan kepada pihak JPAS dan JAS sedang dalam proses penyediaan dan kajian EIA masih sedang dilaksanakan.
??????? Wakil JAS memaklumkan pihak Jabatan akan memberi ulasan teknikal apabila menerima Laporan EIA yang dipanjangkan oleh pihak JPAS untuk ulasan mengenai keperluan dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti berkaitan pengurusan buangan terjadual, larangan pembakaran terbuka, p enyediaan ERP untuk tumpahan minyak dan keperluan pemberitahuan bertulis bagi APB dan SKPU jika ada dipasang di tapak projek di Sikuati, Kudat.