Penerangan
?? MESYUARAT KOORDINASI MEMBINCANGKAN ISU DAN LAPORAN EIA BAGI PROJEK/KAJIAN PEMBETUNGAN ??
??? Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)
?? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat JPP Sabah, Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu
??????? Pengerusi: En. Shafie Semat (KPP JPP Sabah)
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: KPP(P) YY & PP FM (Unit EIA & IP)
?? Agenda Mesyuarat:
??Perutusan Pengerusi;
??Status terkini Projek/Kajian Pembetungan (Rujuk Lampiran 1);
??Way Forward; dan
??Hal-hal Berbangkit
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
??????? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan projek pembetungan dan penyediaan Laporan EIA bagi projek-projek yang sedang dalam fasa pelaksanaan & pembangunan.
??????? Sebanyak enam (6) projek pembetungan yang dibincangkan dengan pihak JAS bagi mendapatkan ulasan dan komen lanjut.
??????? Antara isu-isu yang dibincangkan adalah penskopan Laporan EIA, status penyediaan dokumen PB, status pengambilalihan tanah, status kelulusan zoning dan DP dan isu-isu lain berkaitan pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA.
??????? Wakil JAS telah memberikan input dan ulasan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta garis panduan EIA yang berkaitan.
??????? Pihak JPP Sabah juga diminta untuk mengemukakan permohonan secara bertulis kepada JAS Sabah untuk pertimbangan lanjut bagi perkara-perkara yang memerlukan ketetapan daripada JAS.