Penerangan
?? SESI TAKLIMAT BAGI PROJEK PEMBANGUNAN MEDAN BELUD KLUSTER BAGI KERJA-KERJA KAJIAN TAPAK DAN LALUAN PAIP KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN ??
??? Tarikh: 21 April 2022 (Khamis)
?? Masa: 10.00 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Secara Atas Talian (Microsoft Teams)
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM (Unit EIA & IP)
?? Ringkasan Sesi Taklimat:
??????? Pihak PETRONAS telah menyampaikan taklimat mengenai pengenalan dan rancangan pelaksanaan projek pembangunan Medan Belud Kluster, Offshore, Sabah (Zon Ekonomi Eksklusif) bagi kerja-kerja kajian tapak dan laluan paip kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah.
??????? Tujuan pembentangan adalah untuk menerangkan dengan terperinci mengenai aktiviti pelaksanaan kajian tapak dan laluan saluran paip untuk tujuan Projek Pembangunan Medan Belud Kluster.
??????? Pihak PETRONAS ingin mendapatkan bantuan dan sokongan daripada pelbagai Jabatan/Agensi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti di Medan Belud Kluster.
??????? Pihak PETRONAS memaklumkan sebarang buangan yang terhasil daripada aktiviti kajian akan diuruskan secara on-board.
??????? Wakil JAS memaklumkan, pihak JAS Sabah akan memproses Laporan EIA secara pentadbiran sekiranya Laporan EIA disediakan dan dikemukakan kelak.