PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM WEBINAR EIA: ESSENTIAL GUIDE FOR EIA STUDY & REPORT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2022

DOE Sabah 26/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM WEBINAR EIA: ESSENTIAL GUIDE FOR EIA STUDY & REPORT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/04/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?????? PROGRAM WEBINAR EIA: ESSENTIAL GUIDE FOR EIA STUDY & REPORT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2022 ??? ?? ?? Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Kelab JASAba) dengan kerjasama JAS Negeri Sabah telah menganjurkan Program Webinar EIA: Essential Guide for EIA Study & Report pada 19 April 2022 yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program Webinar ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Sabah, En. Amirul Aripin. ?? Program ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Bumi Tahun 2022 yang disambut pada 22 April setiap tahun dengan mensasarkan penglibatan Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS untuk menyertai dalam program webinar ini. ?? Objektif program webinar ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada jururunding EIA dalam melaksanakan kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) yang menyeluruh dan menyediakan Laporan EIA yang lengkap dan berkualiti disamping berkongsi pengalaman pegawai EIA JAS semasa menyemak Laporan EIA serta maklumat-maklumat yang sering tidak memenuhi kehendak kajian dan keperluan JAS. ?? Seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS di seluruh Malaysia telah menghadiri program Webinar ini. ?? Sesi taklimat dan webinar ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fauzi Bin Mahmud, Penolong Pengarah, Unit EIA & Input Pembangunan, JAS Negeri Sabah yang dibahagikan kepada empat (4) sesi Webinar mengikut format dan bab dalam penyediaan Laporan EIA. ?? Dengan terlaksananya program webinar ini diharapkan dapat memberi panduan kepada peserta yang terdiri daripada Jururunding EIA yang berdaftar dalam melaksanakan kajian EIA yang memenuhi kehendak garis panduan EIA yang ditetapkan dan menyediakan Laporan EIA yang lengkap dan berkualiti.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan