Penerangan
Program persampelan ini di adakan bersama program gotong-royong (KUDAH) di Sungai Kim-Kim bersempena Hari Air Sedunia 2022. Pemantauan kualiti air tanah di malaysia dilaksanakan melalui program pengawasan kualiti air tanah kebangsaan yang bermula sejak tahun 1997. Rangkaian stesen air tanah di malaysia adalah sebanyak 120 stesen secara keseluruhannya yang mana pembinaannya adalah bertujuan untuk memantau kualiti air tanah di seluruh negara yang telah dibina di kawasan yang kritikal yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air tanah mengikut kategori guna tanah semasa di kawasan tersebut. Program ini dihadiri oleh pihak Pengurusan Tertinggi JAS, Pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Johor pada 26 Mac 2022 di Kilang Bernas, Pasir Gudang, Johor.