Penerangan
PROGRAM 1RAS 1POKOK SEMASA PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2022 OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
22 April 2022, Seremban – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi 2, JAS Negeri Sembilan, Encik Mohd Asri bin Ramli telah menyempurnakan gimik penanaman pokok sempena Program 1RAS 1 POKOK anjuran Sekolah Swasta Summit 2 Seremban 2 hari ini.
Aktiviti penanaman pokok yang diadakan adalah bersempena sambutan Hari Bumi Tahun 2022 anjuran Sekolah Summit 2, Seremban 2 dengan kerjasama JAS Negeri Sembilan dan SWM Environment Negeri Sembilan.