24 April 2022, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran termasuk pembakaran terbuka dan pencemaran air.
Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pencemaran.
Terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab. Pasukan penyiasat mengambil tindakan di bawah Seksyen 29A AKAS 1974 Larangan Ke atas Pembakaran Terbuka. Selaras dengan arahan ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia, tiada sebarang pembakaran terbuka semasa cuaca kering.
Di samping itu, pemantauan turut dibuat di kawasan industri dan di kawasan berisiko berlaku kebakaran seperti di tapak pelupusan sampah tidak mengesan sebarang pencemaran yang boleh menimbulkan masalah kepada orang awam dan alam sekitar.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_april2022