PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI MUAR

DOE Johor 26/04/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI MUAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/04/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Mukim Ayer Hitam, Daerah Muar, 4 April 2022 :  Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di Kampung Parit Jepon, Mukim Ayer Hitam, Daerah Muar. Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan terdapat aktiviti pembakaran terbuka untuk pembersihan kawasan bagi tujuan pertanian. Bunting larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi tersebut dan pemberian pamplet peringatan tentang larangan pembakaran terbuka turut dibuat kepada penduduk berhampiran. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 29A AKAS 1974 & tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik tanah terbabit. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan