PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG KITAR SEMULA PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 26/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG KITAR SEMULA PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/04/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Mukim Parit Jawa, Daerah Muar, 18 April 2022 : Susulan aduan awam yang diterima mengenai pencemaran air parit berwarna hitam di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan siasatan di lokasi yang diadu. Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan punca yang dikenalpasti adalah pelepasan efluen tidak terawat daripada sebuah kilang kitar semula plastik di kawasan perindustrian tersebut. Premis tersebut telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kerana gagal mengendalikan sistem pengolahan efluen perindustrian dengan baik dan telah menyebabkan pelepasan efluen yang tidak terawat mengalir masuk ke parit. Kesalahan ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pelepasan efluen yang tidak terawat daripada terus berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan pencemaran. Selain itu, premis diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan dalam tempoh POK tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan