Penerangan
24 APRIL 2022, SENAI –Pada 20 April 2022 yang lalu, pasukan penguatkuasaan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan Operasi Khas Aedes bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Pembandaran Kulai (MPKu) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penguatkuasaan dijalankan dibawah bidang kuasa masing-masing ke atas satu premis di kawasan Perindustrian Senai yang berpotensi tinggi dalam pembiakan aedes. Hasil siasatan dan makluman dari pihak KKM, beberapa kawasan sekitar premis tersebut terdapat pembiakan Aedes.
Justeru itu, premis diarahkan untuk berhenti operasi serta-merta dan menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes. Hasil siasatan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, premis dikenakan 4 kompaun bernilai RM 8000.00 yang tertahkluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.