PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2022

DOE Perlis 26/04/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/04/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

21 April 2022, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah mengadakan Bengkel Penyediaan Laporan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar Negeri Perlis 2022 (SLAAS) kepada Sekolah-sekolah di Negeri Perlis bertempat di Dewan Kuliah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Ts. Mohamad Fitri Bin Said. Program ini turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2022 dengan tema ‘Invest In Our Planet’. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada sekolah-sekolah yang menyertai Program SLAAS bagi memantapkan lagi pelaporan yang akan disediakan. Antara pengisian program adalah ceramah penyediaan laporan dan sesi perkongsian pengalaman oleh sekolah-sekolah yang telah memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam Program SLAAS Sesi 2018-2019 yang lalu. Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama yang terjalin akan diteruskan pada masa akan datang. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_april2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan