Penerangan
Tarikh :- 18/04/2022
Lokasi :- Persiaran Tengku Ampuan, Shah Alam
Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melakukan operasi catat/kamera video bagi mengenal pasti kenderaan diesel yang melepaskan asap hitam yang disyaki melebihi had ketumpatan yang dibenarkan.Kenderaan yang telah dikenalpasti melalui rakaman kamera video atau yang diperhatikan secara visual diambil maklumat nombor pendaftaran untuk tujuan carian rasmi maklumat pemilik. Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 yang bertujuan mengarahkan pemilik menjalani ujian pelepasan asap di PUSPAKOM dikemukakan kepada pemilik kenderaan.