Penerangan
TANAH RATA, 19 April 2022 - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Cameron Highlands.
Poster dan risalah larangan Pembakaran Terbuka telah digantung di beberapa Tapak Pembinaan sebagai tanda peringatan kepada pemaju agar tidak melakukan pembakaran terbuka.
Selain itu, pemantauan melalui udara turut dijalankan dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu dalam melaksanakan penguatkuasaan.
Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.