Penerangan
13 April 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyiasat aduan yang diterima berkaitan penemuan tong-tong bahan kimia di tepi jalan di Ipoh. Hasil siasatan mendapati bahan kimia tersebut adalah bahan kimia yang digunakan bagi pengeluaran produk getah.
Semasa di lapangan juga turut mendapati pemilik tong bahan kimia tersebut telah berada di tempat kejadian. Beliau telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan melupuskan bahan kimia tersebut di premis yang dilesenkan oleh JAS.
Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan sekiranya terdapat unsur kecuaian atau disengajakan, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik bahan kimia tersebut.