Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Penyediaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Pematuhan Syarat2 Alam Sekitar Bagi Aktiviti Penggalian dan Pemprosesan Pasir/Batu Sungai di Negeri Sabah. Bil.01/2022 - Laporan Kemajuan 1 (PR1) ???
?? Tarikh: 14 April 2022 (Khamis)
? Masa: 9.00 - 12.00 tgh
?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
?? Kehadiran Unit EIA & IP: PPKK NAS
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Pembentangan Laporan Kemajuan 1 bagi SOP Pematuhan Syarat-Syarat Alam Sekitar Bagi Aktiviti Penggalian dan Pemprosesan Pasir/Batu Sungai di Negeri Sabah.
?? Input daripada JAS Sabah yang dibangkitkan pada mesy yang lalu telah diambilkira dan telah dimasukkan dalam SOP tersebut iaitu :-
1. Pemberitahuan Bertulis di bawah Per. 5, PPKAS (Udara Bersih) 2014 hendaklah dikemukakan kepada JAS dalam tempoh 30 hari sebelum sebarang pembinaan dan pemasangan alat pembakaran bahanapi seperti janakuasa dan sistem kawalan pencemaran udara seperti bag filter.
2. Kedudukan tangki simpanan minyak & stor BT yang jauh sikit drpd sungai dan kawasan banjir.
3. Emergency Response Plan (ERP) perlu dinyatakan kedudukan tangki simpanan minyak & stor BT yang jauh sikit daripada sungai dan kawasan banjir, senarai perhubungan response team, senarai perhubungan agensi, alat kawalan tumpahan minyak dan BT yg cukup dan bersesuaian
4. Environment Mainstreaming Tools @ Environment Self Regulation perlu dipantau pelaksanaan sepenuhnya dan disemak setiap tahun untuk sebarang perubahan polisi dan bajet pengurusan alam sekitar baru. JAS Sabah pantau melalui penguatkuasaan dan dikemaskini dlm website.
??Pihak jururunding telah mengambil tindakan susulan input2 tambahan daripada agensi2 kerajaan.