Penerangan
?? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DALAM TALIAN “KAJIAN PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENINGKATAN KUALITI AIR BAGI LEMBANGAN SUNGAI INANAM, SABAH BIL. 5 - LAPORAN AKHIR”??
?? Tarikh: 13 April 2022 (Rabu).
?? Masa: 09.00 pagi - 11.30 pagi.
??Tempat: Secara Dalam Talian Google Meet.
?? Anjuran: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS).
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 29 orang hadir secara dalam talian terdiri daripada wakil Agensi atau Jabatan Negeri dan Persekutuan.
???? Kehadiran JAS Sabah: PP(K)(SJ) & PPKK(TJ).
?? Butiran Mesyuarat:
1?? Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Vitalis J. Moduying, Pengarah, JPAS. Pengesahan minit mesyuarat lalu dan perbincangan perkara berbangkit.
2?? Pembentangan Laporan Akhir Kajian Penyediaan Pelan Pengurusan Peningkatan Kualiti Air Bagi Lembangan Sungai Inanam, Sabah oleh Juruperunding ERE Consulting Group Sdn. Bhd..
3?? Antara punca utama pencemaran organik lembangan Sg. Inanam daripada STP, komersil, industri dan aktiviti pertanian.
4?? Pelaksanaan strategi pengurangan beban pencemaran terhadap 3 sub-lembangan sungai iaitu Sg. Likas, Sg. Darau dan Sg. Inanam.
5?? Pelan tindakan mencadangkan naiktaraf STP dan industri untuk mencapai Standard A pelepasan efluen PPKAS (Kumbahan) (Efluen Perindustrian) 2009 AKAS 1974.
6?? Pelan tindakan turut mencadangkan Centralised Industrial Effluent Treatment Plant untuk kawasan industri dalam lembangan ini.
7?? Wakil JAS memaklumkan pelan tindakan cadangan naiktaraf STP dan Centralised Industrial Effluent Treatment Plant melibatkan kos yang tinggi dan jangka masa panjang.
8?? Tuan Pengerusi menyatakan sebarang ulasan daripada Agensi atau Jabatan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 18 April 2022, jam 03.00 petang.