PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Bengkel Anugerah Langkawai - Kelestarian Alam Sekitar

DOE WP Putrajaya 19/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Bengkel Anugerah Langkawai - Kelestarian Alam Sekitar
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/04/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Selangor

Penerangan

????????? Anugerah Langkawi - Kelestarian Alam Sekitar bagi sesi 2022/2023 telah dibuka pencalonan bermula 1 Februari 2022 sebagai penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran yang signifikan dalam bidang alam sekitar, sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Bengkel Pemurnian dan Penambahbaikan konsep, kriteria dan kategori ALKAS untuk sesi seterusnya telah diadakan pada ??? 11-12 April 2022 bertempat di ?? Hotel Concorde Shah Alam, Selangor dan JAS Sabah telah diwakili oleh Puan Chai HN ??????? Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, JAS Ibu Pejabat dan telah dihadiri oleh pegawai JAS Negeri & Bahagian, Pensyarah daripada IPTA serta wakil daripada syarikat-syarikat di kawasan Selangor. Antara penambahbaikan yang dicadangkan semasa bengkel tersebut adalah seperti berikut:- ?? Penjenamaan semula nama Anugerah ?? Wang Hadiah yang lebih tinggi ?? Wujudkan beberapa kategori ?? Kaedah sebaran/jemputan/pencalonan ?? penambahbaikan kriteria & syarat Anugerah ?? dan banyak lagi ..... Pihak Urusetia ambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh peserta bengkel dan akan kaji semula cadangan yang sesuai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan