PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI TAKLIMAT BAGI PROJEK TEPAT-2 & LAYANG-LAYANG-1 ANTARA PETRONAS DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

DOE Sabah 19/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI TAKLIMAT BAGI PROJEK TEPAT-2 & LAYANG-LAYANG-1 ANTARA PETRONAS DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/04/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? SESI TAKLIMAT BAGI PROJEK TEPAT-2 & LAYANG-LAYANG-1 ANTARA PETRONAS DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ?? ??? Tarikh: 12 April 2022 (Selasa) ?? Masa: 10.00 - 11.45 Pagi ?? Tempat: Secara Atas Talian (Microsoft Teams) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM (Unit EIA & IP) ?? Ringkasan Sesi Taklimat: ??????? Pihak PETRONAS telah menyampaikan taklimat mengenai pengenalan dan rancangan pelaksanaan projek penggerudian telaga eksplorasi di Tepat-2 dan Layang-Layang-1, Offshore, Sabah bagi mengkaji jumlah hidrokarbon yang boleh dikomersialkan di dalam blok SB-N. ??????? Tujuan pembentangan adalah bagi memberi makluman dan mendapat persetujuan daripada JKM Sabah bagi menjalankan operasi penggerudian telaga eksplorasi iaitu Tepat-2 dan Layang-layang-1 di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (seksyen 21 (1) dan 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984). ??????? Pihak PETRONAS ingin mendapatkan bantuan dan sokongan daripada pelbagai Jabatan/Agensi bagi melancarkan pelaksanaan projek terutamanya bagi kelulusan 'One Off inward/outward clearance' bagi kapal-kapal dan kargo-kargo yang digunakan semasa tempoh operasi penggerudian Tepat-2 dan Layang-Layang-1. ??????? Pihak PETRONAS memaklumkan semua buangan terjadual (BT) yang terhasil daripada aktiviti projek akan dihantar ke kemudahan/fasiliti Asian Supply Base (ASB) di Labuan. ??????? Wakil JAS memaklumkan, pihak JAS Sabah akan memberikan ulasan teknikal secara bertulis berdasarkan Ringkasan Projek yang dikemukakan melalui portal e-JKZEE dalam tempoh yang ditetapkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan