PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN TAPAK PROJEK EIA

DOE WP Putrajaya 27/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK PROJEK EIA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/04/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Bahagian Penilaian Ibu Pejabat

Penerangan

Satu sesi lawatan tapak telah diadakan bertarikh 24 Mac 2022 (Khamis) melibatkan pihak Jabatan Alam Sekitar Putrajaya selaku urusetia, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak , Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping, penggerak projek dan jururunding EIA. Lawatan tapak dijalankan di satu lokasi yang terletak di Mukim Batu Kurau, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. Satu taklimat oleh jururunding EIA telah diadakan di checkpoint pertama tempat berkumpul sebelum kesemua yang terlibat bergerak ke tapak cadangan projek. Lawatan tapak ini mengambil kira isu sensitive receptor, takat pengambilan air dan beberapa isu penting yang perlu diambilkira sebelum sesuatu cadangan projek boleh dilaksanakan. Tujuan lawatan adalah untuk memeriksa keadaan semasa tapak projek dan lokasi-lokasi yang berkaitan dengan kesan impak alam sekitar disebabkan oleh projek ini, bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek menepati kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA diluluskan. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #BahagianPenilaian #AlamSekitarTanggungjawabBersama #MalaysiaLestari2030

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan