PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMANTAUAN RONDAAN LAUT DI PERAIRAN PASIR GUDANG

DOE Johor 18/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN RONDAAN LAUT DI PERAIRAN PASIR GUDANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/04/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Perairan Pasir Gudang, 7 April 2022 : Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama Pihak Berkuasa Pelabuhan, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menjalankan satu rondaan pemantauan di kawasan laut kawasan perairan Pasir Gudang bagi memastikan tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Umumnya, pencemaran laut akan menyebabkan kemusnahan habitat hidupan di kawasan sekitar, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri melibatkan pelancongan dan perikanan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan