Penerangan
12 April 2022, PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang mengeluarkan 34 kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 68,000 kepada pemilik premis sebuah kilang perkapalan di kawasan perindustrian Pasir Gudang.
Premis didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Arahan penambahbaikan juga dikenakan ke atas premis.
Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.