Penerangan
KUANTAN, 12 April 2022 - Unit Pendidikan dan Pengawasan JAS Negeri Pahang telah membuat lawatan dan pemantauan kerja penyelenggaraan dan kerja menebang pokok di kawasan sekitar Stesen Pengawasan Udara Automatik.
Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik beroperasi 24 jam bagi memantau kualiti udara. Stesen ini akan memberi data kualiti udara secara langsung dan diproses untuk menjana Indeks Kualiti Udara (IPU). Data kualiti udara yang diperolehi digunakan sebagai rujukan pada JAS dan orang ramai.