Penerangan
PROGRAM PENGAWASAN AIR SUNGAI ROMPIN
MUADZAM SHAH, 7 April 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di Sungai Rompin. Program pengawasan dijalankan di Sungai Terpesok adalah salah satu anak sungai di Lembangan Sungai Rompin.
Pengujian secara in situ turut dijalankan dengan menggunakan YSI Pro DSS Multiparameter Water Quality Meter bagi membuat pengukuran beberapa parameter seperti suhu, oksigen terlarut, jumlah pepejal terlarut, kemasinan, pH, kekeruhan dan kedalaman.